
Selepas seharian tercongok dalam labour room, 3 Jun dlm jam 5 ptg aku dipindahkan masuk ward biasa. Terpaksa duduk di bilik 2 orang sebab bilik single penuh. Takpelah, sekurang-kurangnya malam nanti nak tido xdelah aku risau sgt sbb ada roomate. Aku kan penakut, hehe..
Seingat aku, selama aku bertapa kat labour room tu, ada 18 kali aku dgr baby baru lahir nanges uwek2. 18 macam bunyi push/teran/jerit yang aku dengar. Memang sangat saiko!! Yang aku dok tunggu ni jugak yang tak keluar2. Hihi..

Takpela, agaknya comfy sgt dalam perut aku sebab tu baby taknak kuar lagi. Dah alang-alang taknak kuar tu, tunggu cukup 38 weeks jela nak ye? Biar besar sket, walaupun kalu ikut doc, skrg pun baby weight dah around 2.4kg, big enough to survive and the lungs are fully developed. Tapi takpela, maybe Allah dah atur yang terbaek utk anak aku.
Seriously, seumur hidup aku, aku cuma masuk ward masa beranakkan Dzafran. Kalu pegi melawat org sakit tu ada la, tapi kalau sendiri masuk ward, masa beralin je. Dan selama 2 hari aku kena tahan kat ward biasa tu, memang tak keruan rasanya. Bosan teramat. Kalau sakit lain la cerita kan, ini rasa sihat walafiat. Sempatla habis 2 buah novel yang berkurun aku beli tapi tak baca. Berfesbuk tu jangan cakapla, semua nak amik gambar, semua nak upload. Dari gambar katil sampaila ke gambar makanan hospital yang aku makan. Ciwi gila, maklumla, tak penah duduk ward, hehe...



Memandangkan aku dah tak sakit, dan blood pressure aku n heartbeat baby every 2 hours adalah stable, makanya doc benarkan aku balik umah on 4th June. Dengan syarat, kalau rasa sakit sikit je pun kene terus datang hospital, jgn tggu smpai ptg mcm aritu. Aku sengih jela. Yela, masa Dzafran dulu mana ada contraction tiba2 camtu, serah diri je sebab overdue. Kali ni dah rasa makanya aku pandai sikitla lepas ni.
Pengalaman false alarm ni mmg something new utk aku. Sempat la rasa kena seluk (VE) dengan doc 5 kali, trauma jugak la. Apa pun, pengalaman ni pada aku mengubah sedikit persepsi aku pasal Government Hospital. Layanan yang aku dapat dari nurses n docs semuanya 1st class, xde beza dengan yang aku dapat masa bersalin di KMC aritu. Plus, aku rasa makanan kat Hospital Putrajaya is wayyyy better than makanan kat KMC yg aku tgk je pun dah tak lalu. Bilik pun ok, cumanya husband xboleh teman aku tido masa kat ward biasa jela, kalu private tu 24jam boleh berkepit. Nasib baik dalam labour room husband boleh kuar masuk bila2 masa. Ada la pros n cons nya. Paling best mestila sebab free kan, heheheh...
Kalau ikutkan plan asalnya aku nak balik bersalin di KMC, tapi sebab dah jadi mcm ni, aku redha jela bersalin di Putrajaya. Cuma aku doakan janganla ward penuh masa nak bersalin nanti. Aku doakan semoga semuanya dipermudahkan untuk aku dan baby... amin...

No comments:
Post a Comment
kena komen ke?