Thursday, 25 October 2012

Rasa Itu.

Kadang2, ada rasa yang xboleh nak diceritakan.
Susah nak dikongsi dengan sesiapa pun.
Yang akan paham rasa itu cuma diri kita sendiri.
Cuma, bila dah terlalu lama dirasai, kadangkala terganggu jiwa.
Terpaksa kuatkan semangat dan pujuk hati.
Supaya jangan cepat mengalah dengan rasa itu.
Kerana banyak rasa lain yang membuatkan life is worth living for.

Thursday, 16 August 2012

Puasa Jua Akhirnya...

Sejak sblm bersalin, aku dah bajet2 yg posa thn ni mmg kena ganti byk hari.
Tapi ikut congakan aku, dalam 15 hari ja la ganti, lagi stengah tu sempat aku posa mcm umat lain.

Tapi mmg manusia hanya mampu merancang ja la kan.

Ikutkan hari ni lagi 3 hari nak raya. Dan hari ni la baru aku berkesempatan berpuasa mcm org lain. Alhamdulillah, masih ada tenaga, masih ada bekalan susu utk baby. Insya Allah akan diteruskan lagi 2 hari sampai raya supaya xyah ganti sebulan.

Tapi kan... 30-3=27 kan??

Errrkkkk!! Pensan!!!

Sunday, 1 July 2012

Baby A.D.

Sambung balik kisah beranak aku.

Aku mula sedar dari tido lepas kene jahit tu dalam jam 3 ptg rasanya. Nampak nurse dtg kejut n hulur air milo panas dgn biskut. Lapar ya amat masa tu kau, tapi nak celik mata pun is a tough fight, mmg ngantuk gila! Power betul la pethadine tuh. Pecaya ke idak, sambil2 makan biskut tu pun aku bleh terlelap kepeningan. Last2 nurse biarkan je, sampai kol 4 lebih baru aku gagahkan diri turun katil naik wheelchair ke ward.

Bila dah sedar tu otomatik la teringatkan baby kan. Ntah apa la nasib anak aku. Pikir2 balik masa tu nak nangis pun ada. Yela, org lan turun ward bawak bassinet ada baby, yang aku nih, turun sorg2. Nasib baik la ada stengah jam lg ke time melawat, makanya dapatla jumpa incik Kerol and ajak dia g tgk baby.

Dia sampai je, terus g amik wheelchair n bawak aku ke NICU. Rasanya dua tiga kali jugakla dia kena ulang cerita kat aku pasal apa jadi kat baby, sebab kepala mmg weng, aku dok tanya soalan yang sama berulang kali. Dia dah tgk baby, dah azankan n qamat semua.

Masuk dalam NICU tu mmg aku dah rasa xsedap hati, sbb tgk byk sgt baby dalam incubator, mostly tak cukup bulan. Kecik2 je dgn penuh wayar. The moment aku sampai je ke bassinet baby A.D., Incik Kerol kata 'ha, ni la baby kita', memang tak dapat nak gambarkan perasaan aku macam mana. Menitik air mata tgk baby kecik dgn penuh wayar tgn kaki dan dada. Seriously im not prepared mentally for that. Sebab tak penah terjangka akan jadi problem mcm ni masa bersalin memandangkan everything was so normal sblm baby keluar, heartbeat, blood pressure, semua normal.

i tried sooo damn hard to calm myself. What makes it easier for me was that the baby was actually breathing on her own, without the help of a ventilator. Alhamdulillah. Harapnya that is a good sign that everything is gonna be ok. We talked to the doctor in charge, and she said the condition of baby is ok, cumanya breathing dia mcm xberapa elok n dia nanges xkuat melalak mcm baby lain. Kalau esok masih takde improvement, most likely the docs will do a brain scan utk tgk if something wrong ke, sbb oksigen lambat sampai ke otak. Dalam keadaan aku yg letih lemah baru lepas bersalin tu, korg agak2 apa yg aku rasa bila dgr explaination mcm tu? Nak menitik lagi air mata tapi aku tahan.

Balik semula ke ward, aku terus g pump susu di bilik breastfeeding. Incik Kerol dah kena balik sbb dah habis waktu melawat. Sejam lebih kat situ, still susu xkeluar. Balik katil, keep on pumping, to no avail. Sampaila ada this one lady doc (yg aku xigt plak nama dia)yg kesian tgk aku pump xkeluar susu so dia suruh nurse bg pil utk tambah susu.

Sepanjang malam tu, memang aku tak boleh tido. Every 2 hours mmg jaga, pump jugak walaupun xde yang keluar. Memang xde rezeki anak aku lagi. Dan sepanjang malam tu jugak, macam2 yang aku pikir. A lot of what ifs. Too many of them. Masa tu aku rasa ada benda yang Incik Kerol tak bagitau aku pasal baby tu. Memang rasa sgt tak sedap hati. Sampaila ke Subuh, aku rasa mmg aku betul2 redha dgn apa yang bakal aku terima. Mungkin ujian dari Allah untuk aku bersama anak ini. Memang aku redha dan akan terima tanpa sesalan. Cuma hati aku memang tak berhenti berdoa, supaya everything is going to turn out fine, Insya Allah. Dan aku doa aku diberikan kekuatan untuk menempuh apa saja yang bakal aku ketahui.

Kebetulan mlm tu walaupun aku duduk bilik berdua, tapi takde roomate. Pagi esoknya dalam kol 10 baru ada orang masuk, as usual, ditolak oleh nurse dgn wheelchair followed by a baby in bassinet. Dengar baby tu nangis, aku memang berperang dgn perasaan. Teringatkan nasib baby aku kat NICU. Dapat tgk and sentuh, belum dapat peluk. Belum dapat feed. Bukan setitik dua dah air mata aku gugur masa tu. Sedih sangat2. Dan sepanjang pagi tu pulak every doc visit ke, tukang kutip sampah ke, tukang hantar makanan ke, termasukla mak kepada roomate aku semua tanya baby mana. Terpaksa aku buat muka mantain mcm xde apa2, walhal dalam hati Allah jela yang tau.

Tghari tu, skali lagi kami visit baby. This time, nampak dia duduk bawah lampu biru. Jaundis! Ya Allah, memang perlu ketabahan dalam diri tgk baby mcm tu. Cuma yang boleh buat kami lega, dah kurang a few wires pada badan baby. This time around, got the opportunity to talk to paed in charge. According to her, baby is doing fine, is feeding well and shows positive reaction. So there's no need for brain scan. Alhamdulillah. Kalau ikutkan pakar, memang baby terkena effect pethadine yang aku ambik. Sebab dia keluar terlalu cepat dari jangkaan.





Tghari tu jugak, aku dah discharged dari ward, tapi baby masih kena tahan for observation. So bermula la episod berulang alik ke hospital setiap hari tghari dan ptg..

Saturday, 30 June 2012

The Birth of Baby A.D.

Lama sgt dah tak sentuh blog ni. Bukak tiap2 hari tp nak menulis tu yg malas xsempat, hehe..

Lepas peristiwa saspen baby gertak2 nak keluar tapi tak jugak keluar2, akhirnya weekend 23 june 2012 aku dah mula rasa sakit mcm contraction, tapi very mild. Bgn pagi tu still ok, sempat masak megi kari sambil layan Desperate Housewives S8. Dah tghari tu, mula la rasa sakit sikit. Dalam hati still dok berperang nakg spital ke idak, nakg ke idak.. Lps Zohor kami pun siap2 and keluar rumah. Tapi bukannya terus pg hospital, pegi Equinne Park dulu, Drive Thru beli McD sebab blom lunch, hehe.. Merasa la aku makan fillet dulu, kononnya nak tenaga utk push baby kuar nanti. Dalam kereta lg dah slamat fillet tu.

Lepas drive thru, patah balik parking depan labour room Hospital Putrajaya (mcmla xde tpt lain nak lepak). Masih lagi unsure nak masuk serah diri ke tak sbb sakit masih mild. Tapi lepas 10 minit melepak dpn tu aku nmpk dah ada 3 kereta antar org nak beranak, terus jadi saspen. Incik Kerol ckp masuk jela, kang wad penuh satu cerita plak nak menggagau ke Hospital Serdang or Kajang. Mak aiii, dah kene gertak camtu mmg saspen la den, terus angkat beg turun g register, hehe..

Maka bermulalah episod VE (adegan seluk menyeluk)oleh doktor2 kat situ pada aku.. tak tahan betulla.. Dari masuk sampai ke malam tu 5 kali kena VE. Bukaan masih 3cm, xde progress, hmmm. So malam tu tidola aku kat spital dgn penuh saspen.

The next morning, doktor panggil ke blk prosedur utk VE lg skali. Masa tu Kol 10 rasanya. Aku pun serah diri, katanya still 3cm. Balik bilik, mandi n tiba2 doktor tu ketuk pintu blk air. "Puan, japg masuk blk bilik tadi ok, M.O. saya nak VE puan lagi skali." Adoilaaa, stress betoi lepas sorg, sorg lg nak buat benda yg sama...

This time it's Doc Irene. Skali dia seluk ja, terus dia ckp, dah 5cm nih, then zappp, terus dia cucuk ubat soh berak n suruh nurse antar aku naik labour room. Demmmm, masa tu dan2 la rasa sakit perut n contraction at the same time. Gila saspen. Masuk toilet pun nurse tunggu siap pesan, jgn teran ye puan, takut terteran baby nanti, hehe..

Dalam kol 10.50a.m. nurse hantar naik labour room. Aku sempat call Incik Kerol soh datang. Sakit dah mula kuat masa tuh, takde senyum2 lagi dah. Naik je atas katil, dah rasa baby mcm menolak2 nak keluar. Yang aku igt, 11.15 Doc Azwin inform nak inject pethadine, ubat tahan sakit. Masa tu sakit mmg xleh nak cakap dah, Allah saja la yg tau. Everything happened so fast, tau2 aku dah mula rasa nak meneran. Luckily masa tu Incik Kerol dah masuk labour room. Tgk dia ada, rasa kuatla sikit smangat walaupun dalam hati takut ya amat! Ntah boleh ke tidak aku nak bersalin normal ni.

Nurses and docs masa tu memang penuh bilik, penuh keliling aku. Semua very encouraging, siap mengajar tarik nafas push segala. Maklumla aku ni kan dulu toreh perut je kuar anak, memang seriously tak tau camne push2 ni sume. Alhamdulillah, aku rasa dalam 3 ke 4 kali push je, aku nampak baby atas dada. Walaupun nak bukak mata pun tak mampu (sbb ubat yang maha ngantuk tu), still nampak la baby kenit lembik atas dada. Bila masa doc toreh kat bwh tu pun mmg lgsg xrasa dah, sbb sakitnya melebihi segala2 dalam dunia nih.

Walaupun dalam mamai2 tuh, still aku boleh dengar the conversations masa doc nak jahit aku. Sakitla jugak nak jahit tu, tapi sakit lagi masa doc guna jari masuk dalam n rasa semua tpt dia jahit. Masa tu Allah saja la yg tau, aku mmg jerit sekuat2 hati! Sampaikan doc tu pun (aku saspek doc muda-laki, xleh bukak mata so xnmpk muka)tak berani nak check. Malangnya ada sorg M.O kat situ yg marah dia, suruh dia check jugak. Maka episod drama jerit aku berulang la.. hehe.. Sakit cam haram weii....

Dalam masa tu jugak doc Azwin inform, baby masuk NICU. Sebab masa keluar td dia tak nanges katanya. Masa tu aku dah taktau apa nak rasa. Risau. Letih. Sakit.


Last2 aku rasa terus aku tertido tak igt apa2 dah...

Saturday, 9 June 2012

Datang Tanpa Perlu Dikejar....

Dalam kekalutan dan kepanikan nak beranak, adik sakit, mak ayah susah hati, anak dok jauh dan berbagai2 rintangan, di celah-celah tu jugak ada rezeki dan nikmat yang Allah kurniakan untuk aku.

Alhamdulillah. Patutla baby tak jadi kuar lagi. Rupanya dia nak bagi chance mama naik stage salam dgn TPM dulu, hehe..






Prinsip hidup aku senang saja, naik pangkat, anugerah, pengiktirafan, tak perlu kita kejar dalam hidup atau career. Sebab yang dikejar kalau tak dapat, akan buatkan kita frust menonggeng. Biar benda-benda ni datang sendiri. Nikmatnya lebih manis.

Nasihat aku, bila bekerja, buktikan pada semua kebolehan kita. Kejar kepercayaan orang terhadap kerja kita. Dan benda-benda ni akan datang sendiri. Macam aku kata tadi, nikmatnya lebih manis. Alhamdulillah....

Wednesday, 6 June 2012

False Alarm Part II



Selepas seharian tercongok dalam labour room, 3 Jun dlm jam 5 ptg aku dipindahkan masuk ward biasa. Terpaksa duduk di bilik 2 orang sebab bilik single penuh. Takpelah, sekurang-kurangnya malam nanti nak tido xdelah aku risau sgt sbb ada roomate. Aku kan penakut, hehe..

Seingat aku, selama aku bertapa kat labour room tu, ada 18 kali aku dgr baby baru lahir nanges uwek2. 18 macam bunyi push/teran/jerit yang aku dengar. Memang sangat saiko!! Yang aku dok tunggu ni jugak yang tak keluar2. Hihi..





Takpela, agaknya comfy sgt dalam perut aku sebab tu baby taknak kuar lagi. Dah alang-alang taknak kuar tu, tunggu cukup 38 weeks jela nak ye? Biar besar sket, walaupun kalu ikut doc, skrg pun baby weight dah around 2.4kg, big enough to survive and the lungs are fully developed. Tapi takpela, maybe Allah dah atur yang terbaek utk anak aku.

Seriously, seumur hidup aku, aku cuma masuk ward masa beranakkan Dzafran. Kalu pegi melawat org sakit tu ada la, tapi kalau sendiri masuk ward, masa beralin je. Dan selama 2 hari aku kena tahan kat ward biasa tu, memang tak keruan rasanya. Bosan teramat. Kalau sakit lain la cerita kan, ini rasa sihat walafiat. Sempatla habis 2 buah novel yang berkurun aku beli tapi tak baca. Berfesbuk tu jangan cakapla, semua nak amik gambar, semua nak upload. Dari gambar katil sampaila ke gambar makanan hospital yang aku makan. Ciwi gila, maklumla, tak penah duduk ward, hehe...








Memandangkan aku dah tak sakit, dan blood pressure aku n heartbeat baby every 2 hours adalah stable, makanya doc benarkan aku balik umah on 4th June. Dengan syarat, kalau rasa sakit sikit je pun kene terus datang hospital, jgn tggu smpai ptg mcm aritu. Aku sengih jela. Yela, masa Dzafran dulu mana ada contraction tiba2 camtu, serah diri je sebab overdue. Kali ni dah rasa makanya aku pandai sikitla lepas ni.

Pengalaman false alarm ni mmg something new utk aku. Sempat la rasa kena seluk (VE) dengan doc 5 kali, trauma jugak la. Apa pun, pengalaman ni pada aku mengubah sedikit persepsi aku pasal Government Hospital. Layanan yang aku dapat dari nurses n docs semuanya 1st class, xde beza dengan yang aku dapat masa bersalin di KMC aritu. Plus, aku rasa makanan kat Hospital Putrajaya is wayyyy better than makanan kat KMC yg aku tgk je pun dah tak lalu. Bilik pun ok, cumanya husband xboleh teman aku tido masa kat ward biasa jela, kalu private tu 24jam boleh berkepit. Nasib baik dalam labour room husband boleh kuar masuk bila2 masa. Ada la pros n cons nya. Paling best mestila sebab free kan, heheheh...

Kalau ikutkan plan asalnya aku nak balik bersalin di KMC, tapi sebab dah jadi mcm ni, aku redha jela bersalin di Putrajaya. Cuma aku doakan janganla ward penuh masa nak bersalin nanti. Aku doakan semoga semuanya dipermudahkan untuk aku dan baby... amin...





Sunday, 3 June 2012

false alarm?

Tghari smlm, 2 Jun, dh mula rasa skt pinggang. Aku buat steady lg, siap kuar g shopping sangkar kucing bagai kat petshop. Tp lps lunch teppanyaki kat Jusco Equine, aku dh mula xtahan sbb dok rasa contraction. Blk umah baring dulu, kot2 la sbb xcukup tido ke apa but still makin kerap plak sakitnya.

Xboleh jadi ni. Kebetulan adik aku Alia br nk gerak blk Kedah, Dzafran still tido so aku mintak adik aku tggu jap sbb nakg check kat Hospital Putrajaya. Register je, doc check dah bukak jln 3cm. Contraction plak sgtla rancak smpai sesak napas. Heran jugak sbb kalu ikutkn, baru 36 weeks. Takkan dah nak kuar kot baby nih?

Disebabkan tu, doc inject aku ubat tahan sakit n ubat matangkan paru2 baby, dexa. Patutnya org ckp dexa tu sgt sakit, tp disebabkn contraction yg aku rasa lg hebat, aku rasa cam semut gigit je. Ubat tahan sakit aku plak mmg power abis, 5 menet kene je trus aku weng. Sakit masa tuh dh mmg agak kuatla. Tp sbb ubat tu aku lali tertido2 gak. Smpaila tgh mlm dlm kol 12 camtu br aku betul2 sedar.

Start midnite tu jugak, contraction terus stop, sampaila arini. doc n nurses semua pelik bila tgk aku dok rilex2 ja baca novel la, main fesbuk la dlm labour room. walhal smlm tu masa dtg ward, contraction aku punya reading smpai 70-80, and heartbeat baby plak naik smpai 204, walhal normal heartbeat patutnya 110-160 je. mmg mengganaz sgt! aku pun heran jugak sbb suddenly je xsakit.





baby ni tukar fikiran gamaknya. memula nak kuar, pastu kensel.








Friday, 25 May 2012

How Time Flies...

Celik mata harini n setelkan housechores, lepas tu taktau nak buat apa.
capai laptop, saja tgk balik gambar n video2 lama.
Video dari Dzafran baby, sampaila besar panjang skarang.
Dari taktau berjalan, sampaila boleh berlari dan bercakap pot pet pot pet.

How time flies...

Now dah nak dapt adik pun.
Dzafran dah nak jadi abang.
Yang lawaknya, bila orang tanya nanti besar nak jadi apa,
jawapan Dzafran, 'Nak jadi abang.'
Hihi, simple and full of innocence.

I love u son.
Your presence colours my life.


Tuesday, 15 May 2012

kerja atau kesihatan?


Macam ilmiah sangat je bunyi tajuk tu kan? Hihi..

Sebenarnya aku nak meluahkan kepeningan yang aku tanggung dalam seminggu dua ni. Antara kerja dan kesihatan aku yg dalam keadaan boyot ni.

Kisahnya, kalau mengikut SKT Unit aku, thn ni kena buat satu program dengan murid orang asli di Pahang. Dah rancang sikit punya baek tapi asyikla tarikh kene tunda ikut masa KSU, maklumla VVIP katakan. Tunda punya tunda punya tunda, sudahnya akan buat ujung minggu ni, Sabtu 19 Mei.

Aku pulak skrg dalam 32 weeks of pregnancy. Bukan nak cakap bohong, nak bawak diri pun termengah-mengah dah. Ajak pegi shopping complex pun dah takde nafsu sebab xlarat nak jalan bawak perut. Inikan pulak nak meredah ke sekolah orang asli yang jaraknya dekat 4 jam jugak dari KL. Jalan memang dah bertar lawa, tapi bouncy2 la.

Sejak minggu lepas aku dah sound light2 kat immediate boss yang aku mayb tak dapat pegi dalam keadaan aku skrg. Dahla sarat, aku plak bukan buleh beranak teran sekali kuar mcm org lain. Nak pulak kali ni HB low. Jarak sekolah tu pulak dengan the nearest hospital is about 100km. And its a dead zone, takde line telepon jah!!

Masalahnya bos aku ni pulak asyik dok saiko kata kalau aku tak pegi sape nak urus event dgn KSU bla bla bla sbb anak buah aku yang ikut nanti tu budak kontrak je bla bla bla, ni event besar bla bla bla nanti kalau tak smooth malu nama bahagian bla bla bla. Adoilaaaa..... payah bila orang tak paham ni. or worse still, TAKNAK paham.

Bukan aku nak mengelat ke apa, tahun lepas 2 event tu aku handle sendiri je dgn anak2 buah aku yg kontrak. Immidiate bos datang tunjuk muka time event dgn YB je kol 2. Tu takpela aku sihat walafiat bleh lari sana sini. Tapi skrg ni mcm aku kata la, nak bwk diri sendiri pun dah mengah2, pegi pun bukan aku boleh lari sana sini handle segala bagai maknenek. Dahla jauh perjalanan, malam kang yang tanggung sakit pinggang sakit badan tu aku sorang2.

Aku sebenarnya mmg sgt torn. Pegi sakit badan tanggung sendiri, tapi kalau tak pegi kesian kat anak buah takde orang nak lead n refer kalau jadi pape. Walaupun sebenarnya aku sgt la 200% yakin dgn kebolehan anak buah aku yg keje mmg super duper tiptop. Bodoh betul JPA taknak amik dia jadik staf tetap. Aku yakin dia boleh run everything tanpa aku, cuma tetap rasa bersalah sbb as ketua unit aku patutnya ada sama. Mental betul nak pikir.

Semalam memang tido aku tak nyenyak sebab dok pikir ayat apa nak guna bila nak bagitau big boss yang aku rasa aku tak mampu nak pegi. Yela, kenkadang tu memang la time keje ngelat dok tulis blog (ooops!) ke baca blog, tapi rasa kebertanggungjawaban aku pun tinggi beb, kang tak halal plak gaji aku bagi anak makan kalau bos suruh aku tak buat. Payah sangat nak pahamkan immediate boss, aku terus nekad la jumpa big boss.

Sekali korg nak tau apa reaksi big boss?
'Okla takpe, saya faham. Sape lagi yang akan pegi gantikan you? Just make sure orang yang pegi tu betul2 tau fungsi dan tugas masing2 ye.'

Alhamdulillah. Ada juga manusia yang Allah bagi hidayah pertimbangan berfikir. Aku sangat bersyukur sebab takdelah ayat2 saiko yang akan buat aku rasa bersalah.

Kesimpulan yang aku boleh buat ialah, dahulukan kesihatan. Kerja kita tu sampai bila2 pun takkan abis. Sesapa je boleh tolong buatkan. Bak kata kawan2 aku, kalau kita mati hari ni, esok dah ada org ganti kita buat kerja tu. Kan?


Ni gambar salah satu program tahun lepas, dengan YB Nasir di Terengganu.


Wednesday, 25 April 2012

LungCarWee...

Perasaan skrg ialah nak muntah akibat kebohsanan.

Dah 3 hari kena outstation ke Langkawi. Dlm keadaan2 normal (tak boyot) dan ada geng utk merewang sana sini menyoping, mungkin tempat ni sgt syurga la. Tapi kalau dah boyot nak masuk 8 bulan mcm aku nih, nak bwk perut pun termengah-mengah, apatah lagi la nak bwk brg2 shopingan mcm correlle conningware vision bagai.

Kalau ikutkan ati, nak dtg meeting ni pun malas tak larat dah. Tapi memikirkan boleh blk umah mak, maka aku gagahkan jugak datang. Balik kampung punya pasal.

Meeting macam biasa ok. Cuma boring sikit sebab geng aku dah takdak nak berkepit. Terpaksa la jadik mesra alam dengan sesapa ja. Disebabkan tak larat nak merayap merata, aku byk spend time lepak kat bilik ja. Ada la jugak keluaq 1 ptg memantau ke SMK Hj Ismail, SK Rams dan SK Idaman Suri. Hehehe... Konsep memantau sekolah katanya. Takdelah aku beli apa sgt, banyak beli coklat je. Tu pun yang org pesan dan utk aku bg staf2 kat ofis.

Tapi kan Jah, dalam dok takdak benda nak beli tuh, dan jugak aku sauk senduk besi kecik 3 ketul, mini conningware 2 beradik dgn sebijik grill pan yg kepit and boleh flip masa masak tuh. Banyakla aku punya tak beli apa2 kan?? Typical me!!

Ikut hati dan godaan syaitonnirrojim yang kuat, ada jugak yang aku nak beli corelle lagi 1 set. Tapi memikirkan nak heret naik feri sorang2, memang kena kensel niat murni tu. Walaupun duit areas gaji SSM baru dah masuk, dgn bangganya aku tak guna sedit pun utk shopping, hehehe...

Sbenarnya aku nak tempek gambar2 hasil tangkapan kat sini, tapi kemalasan ya amat nak bgn cari external harddisk bagai. Korang bayangkan jela apa yang aku beli tuh. Esok2 rajin aku tempek la.

Esok nak memantau ke sekolah yang betul2 pastu kol 2.30 naik feri balik. Yang part nak balik tu yang aku paling tak sabaq. Harap2 tak lama la memantau sekolah tu. Tengok apa yang patut, tegur apa yang patut.

Cepatlaaaaa sampai esok...

Sunday, 22 April 2012

GirlyGirly, Yeah!!

Dah alang2 balik Kedah ni, aku pegi KMC balik utk jumpa dgn obgyne masa aku bersalinkan dzafran dulu, Dr Kang. Kiranya lepas habis follow up lepas bersalin tu mmg tak penah jumpa dia langsung. Sebab alhamdulillah xdak masalah apa2 kan.

Sampaila semalam.

Kalau ikut rupa dan umur, rasanya dia la Dr paling tua kat KMC tu kot. Tapi physically nmpk masih steady. Sorg makcik aku ni plak dok menakutkan aku kata 'Hang berani ka nak belah perut dgn dia lagi, dia kan dah tua, mesti dah rabun. Satgi dia salah jahit perut hang mcmana?' Hehehe... Aku xkesah, org kata makin tua makin pro kan, dah namanya pakar..

Masa jumpa Dr tu, dia review blk history aku dan tgk report buku merah yang aku buat check up kat Klinik Kesihatan. Walaupun report HB aku low, kata dia kalau reading more than 10 masih ok, jangan below 9 ja. Alhamdulillah. Lega sikit rasanya walaupun risiko tetap ada. Ubat pun dia suruh continue yg klinik bagi saja, sbb Iberet Folic yang aku baru dapat tu katanya bagus dan sepatutnya HB aku akan naik lagi 2, theoretically. Bagus, agak sep duit di situ sebab xyah amik ubat lagi, hahhahah! (dah nama pg private clinic pun masih nak sep sep duit, perangai apakahh??)

Dan confirm kali ni pun kena c-sect jugak, sbb tulang pinggul aku kecik katanya. Aiseh, bontot punya besar, tulang kecik je ghopenye... Takpela, aku redha asalkan semua slamat. Siap duit jelah Jah oi. Incik Kerol kata, 'Nak takut apa, hat dok lilit di tengkok tu ada bleh gadai bayaq bil spital'. Cess! Ada ja modal mamat nih nak kenakan aku. Seb baik aku pun ada modal baek punya. 'Alah, tu moto besaq seketoi dok ada, 30k dok ada dlm tgn. Mintak suite kat KMC pun bleh.' Heh, dia diam dgn ayat tu la.

Paling aku saspen ialah bila nak tgk gender baby lg skali. Bab nak kena c-sect tu mcm aku dah agak, so xdakla risau sgt. Gender ni pasal aku dah kerasukan syaitonirrojim membeli baju pink bagai. Dibuatnya nmpk lain, hadoilaaaa... Jgn xtau, nama pun aku spare nama pompuan je nih, nama boy blom terlintas lagi. Alhamdulillah kalau ikut Dr Kang pun nmpk gegirl. Harap2nya betul la bila keluar nnt..

Dan kali ni best sbb dpt scan 3D, nmpk muka baby tgh hisap jari. Masa Dzafran dulu kat klinik dia xde plak 3D scan tu, sbb Dr Kang ni old skool abihla pada aku. Check BP n timbang berat pun dia takmo pakai scale digital sbb katanya xtepat. Tapi sbb dia otai maka aku xkesah. Dia kira EDD aku dgn usia kandungan pun pakai congak je tau, xpayah pakai card yg pusing2 mcm roda tu. 15 saat je dia congak semua bila aku bgtau last menstrual date aku. Kau mampoo??? Hehehehe...

Dah sudah sembang mcm2 check itu ini dia advise suruh aku balik Kedah 3 mggu awai dari EDD, meaning by 10 Jun la. Menarik gak tuh, cuti awai, hehe.. Apa pun kena kira balik tarikh masuk U balik sbb application pun tak tentu hala lagi kan. Xpala, one step at a time kata orang putih.

Aku cuma doakan everything goes well dan selamat.

Bab gelabah biawak nak beranak tu kita toksah cerita la kot no, kalau nak beranak kali ke saploh pun (biar benar Jah???) belum tentu aku rileks tak gelabah...

Wednesday, 18 April 2012

Masih Menggodek-Godek

Ok aku masih pening.
Konon nak tukar background design blog ni bagi xsemak n sakit mata,
Tapi pulun punya pulun masih tak berjaya.

Utk hari ni, ai givap.
Huh!

Monday, 16 April 2012

Happy BornDay meZura!

kenapa ntah ptg semalam sblm balik ofis tiba2 datang feel nak menulis.

lama sgt dah rasanya tak buat aktiviti tulis menulis ni, padahal dulu kalau nak himpun segala diari masa skolah menengah agaknya boleh buat mini library.

masa kat uni dulu kene paksa dgn Sir Ghazali Bunari aka Tokrimau utk buat blog pasal teaching. mula2 mmg malas tapi bila dah start tulis naik syeh plak org kata. hehe...
tapi lepas habis study blog pun berkubur, innalillahhh...

lepas tu masa pregnantkan dzafran datang balik semangat berblog, cuma tulis ikut blog friendster. tapi friendster punya blog tu space xbesar sgt, asal upload gambar je hang la mcm2. lepas tu pulak bila ada facebook, friendster dah tak hit and was sooooo year 2000 (bunyi cam ancient sgt je kan?), makanya tinggallah apa yg tertulis dlm tu, ntah ada lagi ke idak ntah.

lepas kena transfer semula ke putrajaya rasanya aku ada register jugak kat blogspot ni nak berblog, tapi lupa habih dah semua password bagai.
hot hot chicken shit namanya.

dan sampaila semalam bila perasaan gedik nak tulis menulis ni datang balik.

so here we are.

harapnya panjang la umur blog ni...