Wednesday, 25 April 2012

LungCarWee...

Perasaan skrg ialah nak muntah akibat kebohsanan.

Dah 3 hari kena outstation ke Langkawi. Dlm keadaan2 normal (tak boyot) dan ada geng utk merewang sana sini menyoping, mungkin tempat ni sgt syurga la. Tapi kalau dah boyot nak masuk 8 bulan mcm aku nih, nak bwk perut pun termengah-mengah, apatah lagi la nak bwk brg2 shopingan mcm correlle conningware vision bagai.

Kalau ikutkan ati, nak dtg meeting ni pun malas tak larat dah. Tapi memikirkan boleh blk umah mak, maka aku gagahkan jugak datang. Balik kampung punya pasal.

Meeting macam biasa ok. Cuma boring sikit sebab geng aku dah takdak nak berkepit. Terpaksa la jadik mesra alam dengan sesapa ja. Disebabkan tak larat nak merayap merata, aku byk spend time lepak kat bilik ja. Ada la jugak keluaq 1 ptg memantau ke SMK Hj Ismail, SK Rams dan SK Idaman Suri. Hehehe... Konsep memantau sekolah katanya. Takdelah aku beli apa sgt, banyak beli coklat je. Tu pun yang org pesan dan utk aku bg staf2 kat ofis.

Tapi kan Jah, dalam dok takdak benda nak beli tuh, dan jugak aku sauk senduk besi kecik 3 ketul, mini conningware 2 beradik dgn sebijik grill pan yg kepit and boleh flip masa masak tuh. Banyakla aku punya tak beli apa2 kan?? Typical me!!

Ikut hati dan godaan syaitonnirrojim yang kuat, ada jugak yang aku nak beli corelle lagi 1 set. Tapi memikirkan nak heret naik feri sorang2, memang kena kensel niat murni tu. Walaupun duit areas gaji SSM baru dah masuk, dgn bangganya aku tak guna sedit pun utk shopping, hehehe...

Sbenarnya aku nak tempek gambar2 hasil tangkapan kat sini, tapi kemalasan ya amat nak bgn cari external harddisk bagai. Korang bayangkan jela apa yang aku beli tuh. Esok2 rajin aku tempek la.

Esok nak memantau ke sekolah yang betul2 pastu kol 2.30 naik feri balik. Yang part nak balik tu yang aku paling tak sabaq. Harap2 tak lama la memantau sekolah tu. Tengok apa yang patut, tegur apa yang patut.

Cepatlaaaaa sampai esok...

Sunday, 22 April 2012

GirlyGirly, Yeah!!

Dah alang2 balik Kedah ni, aku pegi KMC balik utk jumpa dgn obgyne masa aku bersalinkan dzafran dulu, Dr Kang. Kiranya lepas habis follow up lepas bersalin tu mmg tak penah jumpa dia langsung. Sebab alhamdulillah xdak masalah apa2 kan.

Sampaila semalam.

Kalau ikut rupa dan umur, rasanya dia la Dr paling tua kat KMC tu kot. Tapi physically nmpk masih steady. Sorg makcik aku ni plak dok menakutkan aku kata 'Hang berani ka nak belah perut dgn dia lagi, dia kan dah tua, mesti dah rabun. Satgi dia salah jahit perut hang mcmana?' Hehehe... Aku xkesah, org kata makin tua makin pro kan, dah namanya pakar..

Masa jumpa Dr tu, dia review blk history aku dan tgk report buku merah yang aku buat check up kat Klinik Kesihatan. Walaupun report HB aku low, kata dia kalau reading more than 10 masih ok, jangan below 9 ja. Alhamdulillah. Lega sikit rasanya walaupun risiko tetap ada. Ubat pun dia suruh continue yg klinik bagi saja, sbb Iberet Folic yang aku baru dapat tu katanya bagus dan sepatutnya HB aku akan naik lagi 2, theoretically. Bagus, agak sep duit di situ sebab xyah amik ubat lagi, hahhahah! (dah nama pg private clinic pun masih nak sep sep duit, perangai apakahh??)

Dan confirm kali ni pun kena c-sect jugak, sbb tulang pinggul aku kecik katanya. Aiseh, bontot punya besar, tulang kecik je ghopenye... Takpela, aku redha asalkan semua slamat. Siap duit jelah Jah oi. Incik Kerol kata, 'Nak takut apa, hat dok lilit di tengkok tu ada bleh gadai bayaq bil spital'. Cess! Ada ja modal mamat nih nak kenakan aku. Seb baik aku pun ada modal baek punya. 'Alah, tu moto besaq seketoi dok ada, 30k dok ada dlm tgn. Mintak suite kat KMC pun bleh.' Heh, dia diam dgn ayat tu la.

Paling aku saspen ialah bila nak tgk gender baby lg skali. Bab nak kena c-sect tu mcm aku dah agak, so xdakla risau sgt. Gender ni pasal aku dah kerasukan syaitonirrojim membeli baju pink bagai. Dibuatnya nmpk lain, hadoilaaaa... Jgn xtau, nama pun aku spare nama pompuan je nih, nama boy blom terlintas lagi. Alhamdulillah kalau ikut Dr Kang pun nmpk gegirl. Harap2nya betul la bila keluar nnt..

Dan kali ni best sbb dpt scan 3D, nmpk muka baby tgh hisap jari. Masa Dzafran dulu kat klinik dia xde plak 3D scan tu, sbb Dr Kang ni old skool abihla pada aku. Check BP n timbang berat pun dia takmo pakai scale digital sbb katanya xtepat. Tapi sbb dia otai maka aku xkesah. Dia kira EDD aku dgn usia kandungan pun pakai congak je tau, xpayah pakai card yg pusing2 mcm roda tu. 15 saat je dia congak semua bila aku bgtau last menstrual date aku. Kau mampoo??? Hehehehe...

Dah sudah sembang mcm2 check itu ini dia advise suruh aku balik Kedah 3 mggu awai dari EDD, meaning by 10 Jun la. Menarik gak tuh, cuti awai, hehe.. Apa pun kena kira balik tarikh masuk U balik sbb application pun tak tentu hala lagi kan. Xpala, one step at a time kata orang putih.

Aku cuma doakan everything goes well dan selamat.

Bab gelabah biawak nak beranak tu kita toksah cerita la kot no, kalau nak beranak kali ke saploh pun (biar benar Jah???) belum tentu aku rileks tak gelabah...

Wednesday, 18 April 2012

Masih Menggodek-Godek

Ok aku masih pening.
Konon nak tukar background design blog ni bagi xsemak n sakit mata,
Tapi pulun punya pulun masih tak berjaya.

Utk hari ni, ai givap.
Huh!

Monday, 16 April 2012

Happy BornDay meZura!

kenapa ntah ptg semalam sblm balik ofis tiba2 datang feel nak menulis.

lama sgt dah rasanya tak buat aktiviti tulis menulis ni, padahal dulu kalau nak himpun segala diari masa skolah menengah agaknya boleh buat mini library.

masa kat uni dulu kene paksa dgn Sir Ghazali Bunari aka Tokrimau utk buat blog pasal teaching. mula2 mmg malas tapi bila dah start tulis naik syeh plak org kata. hehe...
tapi lepas habis study blog pun berkubur, innalillahhh...

lepas tu masa pregnantkan dzafran datang balik semangat berblog, cuma tulis ikut blog friendster. tapi friendster punya blog tu space xbesar sgt, asal upload gambar je hang la mcm2. lepas tu pulak bila ada facebook, friendster dah tak hit and was sooooo year 2000 (bunyi cam ancient sgt je kan?), makanya tinggallah apa yg tertulis dlm tu, ntah ada lagi ke idak ntah.

lepas kena transfer semula ke putrajaya rasanya aku ada register jugak kat blogspot ni nak berblog, tapi lupa habih dah semua password bagai.
hot hot chicken shit namanya.

dan sampaila semalam bila perasaan gedik nak tulis menulis ni datang balik.

so here we are.

harapnya panjang la umur blog ni...